fbpx

SK Magic & Samsung Tawar Cara Miliki Aircond (penyaman udara) Lebih Mudah

TERLETAK di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang mengalami cuaca tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan kediaman atau pejabat dilengkapi dengan penyaman udara untuk menyejukkan suhu persekitaran.

Bagaimanapun, bukan semua pemilik rumah mampu memiliki penyaman udara memandangkan ia dianggap sebagai satu kemewahan.

Namun, pemilik kediaman kini mampu memiliki penyaman udara di rumah masing-masing dengan adanya penyaman udara pelan sewa mampu milik baharu, Samsung WindFree™ serendah RM 79 sebulan.

Pengeluar produk peralatan rumah, SK magic sememangnya jenama dipercayai yang memenuhi keperluan pengguna.

Terbaharu, SK magic mengembangkan perniagaan melalui kerjasama dengan salah sebuah syarikat terbesar di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics.

Dengan kerjasama strategik ini, pelanggan yang membeli Penyaman Udara Samsung WindFree™ melalui skim sewa SK magic akan menerima pakej perkhidmatan selepas jualan secara percuma.

Pakej Sewa Lite, Asas (Basic) ataupun Istimewa (Special) untuk menikmati frekuensi perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh penyewaan.

Bermula daripada RM109 sebulan untuk Pakej Sewa Istimewa oleh SK magic, rakyat Malaysia boleh menikmati perkhidmatan minor dan major yang kedua-duanya adalah termasuk dalam pakej beserta waranti percuma selama lima tahun.

Perkhidmatan major termasuk pembersihan mendalam kedua-dua unit dalaman dan luaran manakala perkhidmatan minor termasuk pencucian penapis dan pembersihan asas unit dalaman sahaja.

Kelebihan produk

Penyaman udara Samsung WindFree™ menggunakan teknologi sistem ‘udara pegun’ untuk mencipta persekitaran yang sama rata sejuk dan selesa di seluruh zon yang diduduki.

Selaras dengan takrifan ASHRAE (American Society of Heating, Refrigerating and Air-Conditioning Engineers), udara pegun ialah aliran udara yang bergerak pada kelajuan 0.15 m/s atau lebih perlahan, tanpa menghasilkan draf sejuk.

Dengan teknologi ini, ia memberi keselesaan kepada pengguna dengan aliran udara yang lebih lembut dan ringan, teragih sama rata melalui berpuluh ribu lubang mikro.

Ini sekali gus menjadikan ruangan bilik persekitaran dipenuhi dengan udara sejuk yang nyaman, hampir tiada angin.

Bukan itu sahaja, Penyaman Udara Samsung  WindFree™ turut dilengkapi teknologi Digital Inverter Boost yang menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat dari sudut ke sudut. 

Ia juga direka untuk mempunyai 15 peratus kipas lebih besar dengan 18 peratus salur masuk lebih lebar serta 31 peratus bilah lebih lebar.

Oleh itu, udara sejuk tersebar lebih jauh dan lebih luas, mencapai sehingga 15 meter.

Jimat tenaga, kos

Apabila beroperasi dalam mod WindFree™, unit luar hanya menggunakan kuasa minimum menggunakan kurang elektrik berbanding mod penyejukan normal.

Teknologi ini sekali gus menjadikan udara kekal sejuk dengan selesa tanpa perlu bimbang kenaikan bil elektrik.

Lebih menarik, WindFree™ Cooling berkelajuan rendah menampilkan operasi senyap yang meminimumkan hingar ambien, menghasilkan bunyi yang tidak dapat dikesan dengan ketara berbanding mod penyejukan biasa.

Satu lagi kelebihan yang patut diberi perhatian adalah mod “Safe Sleep”, kemajuan teknologi yang mengawal suhu bilik tidur anda secara automatik semasa anda tidur untuk mengoptimumkan pelbagai fasa kitaran tidur.

Secara jelasnya, kolaborasi antara SK magic dan Samsung telah membuka cara baharu untuk setiap rakyat Malaysia menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, seterusnya menawarkan persekitaran hidup yang holistik untuk mereka.

Berminat nak dapatkan Aircond Samsung  SK Magic serta ketahui promosi terkini? : KLIK SINI

 

Artikel/Kredit Penuh : BHarian

Feel Free To Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on email

produk sk magic

Follow SK MAGIC FB PAge

Recent Post

About SK MAGIC

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea.

Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan ‘Trade Achievement Tower’ untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012.

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

Bahasa MelayuEnglish简体中文தமிழ்