samsung bespoke top mount freezer 476L

Samsung Bespoke Top Mount Freezer 476L secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM109 bulanan (harga promosi) dengan plan sewa beli dari Sk Magic

Seperti kesemua siri BESPOKE, pembeli boleh memilih warna panel untuk bahagian sejuk beku dan pendingin peti sejuk premium ini dengan 6 kombinasi warna semuanya. Setiap peti sejuk BESPOKE Top Mount Freezer dilengkapi teknologi Optimal Fresh+ dan AI Energy Mode bagi memastikan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.

Hal ini membantu menjaga kelembapan dengan lebih optimal dan mencegah campuran bau antara kedua compartment tersebut. Turut menggunakan teknologi inverter pada kompresor membuatkan peti sejuk ini jadi lebih efisien dan anda akan dapat jimat tenaga elektrik dan boleh dimonitor dalam apps.

SK Magic menyediakan 6 pilihan kombinasi warna boleh dipilih oleh pembeli berserta warranty selama 5 tahun dan bahagian kompresor peti sejuk juga diberikan jaminan sehingga 20 tahun oleh Samsung. Model ini menawarkan cukup ruang untuk menyimpan makanan dan minuman bagi keluarga yang lebih besar atau mereka yang mahukan ruang penyimpanan yang lebih luas.

Kesemua peti sejuk BESPOKE ini hadir dengan ciri pintar yang disokong ekosistem Samsung SmartThings dengan kesejukan, dan penggunaan elektrik boleh dikawal terus menerusi aplikasi. Antara ciri tambahan seperti rak yang dapat dilaras dengan mudah, tempat penyimpanan pintu yang fleksibel, pencahayaan LED yang terang dan anda boleh kawal suhu yang dengan lebih mudah.