fbpx

SK Magic Menerima CES Innovation Awards 2020 Bagi Pengiktirafan ‘Rumah Pintar’.

sk magic ces inovation award

 

  • Tiga peralatan dapur inovatif dari SK magic iaitu ‘all-in-one JIKSOO Ice Water Purifier’, ‘MOTION Air Purifier’ dan ‘Triple Care Dishwasher’ telah menerima anugerah untuk prestasi yang cemerlang.
  • Consumer Electronics Show 2020 mengiktiraf SK magic sebagai peneraju dalam kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna yang terbaik.
  • SK magic meneruskan usahanya untuk membantu pengguna menikmati gaya hidup yang lebih sihat dan mudah.

Consumer Technology Association (CTA) yang menganjurkan CES, acara teknologi yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia, telah mengiktiraf SK magic, pakar dalam peralatan rumah, untuk inovasi yang hebat bagi tiga produk utama – All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher di CES Innovation Awards 2020. Motion Air Purifier menjuarai kategori rumah pintar, manakala All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, dan Triple Care Dishwasher menerima pengiktirafan dalam kategori Peralatan Rumah.

SK Magic menerima pengkadaran yang tinggi dalam semua kategori seperti kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna untuk tiga produk utama ini – All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher.

jiksoo rich ces awards 2020

Menyedari bahawa pengguna amat memerlukan air yang bersih, syarikat ini telah memperkenalkan all-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier yang dilengkapi dengan saluran air daripada keluli tahan karat sepenuhnya, dan merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri. Produk ini telah diiktiraf untuk pensterilan UV berteknologi tinggi yang mensteril simpanan ais sebanyak dua kali sehari selama 3 jam setiap kitaran. 

MOTION Air Purifier adalah yang pertama seumpamanya dengan sensor pintar dan teknologi pengesan pergerakan yang cekap mengesan dan menulenkan habuk bawaan udara yang terhasil daripada pergerakan manusia. Sistem penulenan yang canggih ini adalah faktor utama yang menyumbang kepada pengiktirafan produk tersebut.

Motion air purifier ces awards 2020

“Pengiktirafan oleh CES Innovation Awards ini membuktikan teknologi yang maju, rekaan yang inovatif dan usaha kami untuk mempertingkatkan gaya hidup pengguna. Seiring dengan falsafah pengurusan kami, SK magic akan meneruskan usaha untuk memperkenalkan lebih banyak produk yang canggih untuk membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih sihat dan mudah,” kata En. Ryoo Kwon Joo, Ketua Pegawai Eksekutif SK magic Korea.

CES Innovation Awards dianugerahkan melalui Consumer Electronics Show (CES) yang diperkenalkan pada 1976, untuk produk-produk elektronik pengguna dengan rekaan dan kualiti yang terhebat. Sebuah panel elit yang terdiri daripada pakar-pakar industri dari Consumer Technology Association (CTA) telah membuat semakan dan mengiktiraf produk-produk yang cemerlang dalam industri elektronik pengguna melalui kriteria penilaian seperti kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna.

SK Magic Malaysia kini sedang mengadakan promosi akhir tahun dengan Pelan Hebat & Pelan Cemerlang bersempena Ulang Tahun Pertamanya di Malaysia. All-in-one JIK.SOO Rich Water Purifier dan Motion Air Purifier

Berminat nak dapatkan produk SK MAGIC serta ketahui promosi terkini? : KLIK SINI

Feel Free To Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on email

Leave a comment

produk sk magic

Follow SK MAGIC

Recent Post

About SK MAGIC

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea.

Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan ‘Trade Achievement Tower’ untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012.

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

error: Content is protected !! Copyright skmagic.me