fbpx

SK MAGIC Malaysia Sasar 500,000 Pelanggan

SK-Magic-Malaysia

KUALA LUMPUR: SK Group menerusi cabang perkakasan rumah, SK magic kini mula berada di pasaran Malaysia dan pertama di Asia Tenggara yang menawarkan produk seperti penulen air dan udara.

Dalam tempoh setahun, SK magic merancang untuk melantik 2,000 konsultan produk dan mempunyai visi untuk mempunyai 500,000 pelanggan dalam lima tahun.

Pengarah Urusan SK Network Retails Malaysia, Park Nam Su, berkata untuk pasaran tempatan pihaknya menawarkan lapan produk penulen air dan tiga produk penulen udara.

Beliau berkata, Malaysia adalah pasaran yang pesat berkembang sekali gus menjadi sebagai pilihan utama untuk dijadikan sebagai negara pertama untuk memperkenalkan produk dari SK magic.

“Model perniagaan kami adalah mudah, iaitu dengan menawarkan perkakasan rumah secara sewaan bagi produk penulen air yang menggunakan teknologi penulenan air, Jik Soo.

“Kadar sewaan yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan mampu milik iaitu antara RM70 hingga RM130 sebulan mengikut jenis produk.

“Apa yang menarik bagi pasaran Malaysia adalah, negara ini mempunyai persamaan dengan Korea Selatan dari segi permintaannya, jadi ini adalah langkah tepat kepada syarikat untuk berada di sini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

SK magic mula berada di Malaysia sejak September 2018 dan yakin untuk menjadi peneraju pasaran produk penulen air dan udara selepas lima tahun berada di negara ini.

Mengulas lanjut bagi pengembangan perniagaan dan operasi di negara ini, Nam Su berkata, pihaknya akan meluaskan capaian perkhidmatan produknya ke Sabah dan Sarawak pada penghujung 2019.

“Buat masa ini kita beroperasi di Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor dengan 1,100 konsultan untuk produk di bawah SK magic.

“Ia permulaan yang baik dan diharap dapat memenuhi keperluan serta permintaan bagi air dan udara bersih untuk rakyat negara ini,” katanya.

Tambahnya, dari segi pemasaran, pihaknya akan memperkenalkan beberapa iklan komersial di televisyen sebagai usaha untuk memperluas capaian jenama itu.

SK magic mempunyai kehadiran di 20 negara termasuklah di Timur Tengah seperti Iran dan Arab Saudi dan adalah jenama penulen air dan udara kedua dari segi kedudukan dalam pasaran di Korea Selatan.

Berminat nak dapatkan produk SK MAGIC serta ketahui promosi terkini? : KLIK SINI

Kredit : BH Online

Feel Free To Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on email

Leave a comment

Produk sk magic

Follow SK MAGIC

Recent Post

About SK MAGIC

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea.

Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan ‘Trade Achievement Tower’ untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012.

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

error: Content is protected !! Copyright skmagic.me