fbpx

Jiksoo Rich Penulen Air Berais

jiksoo-rich-sk-magic

MENYEDARI air penting untuk mengekalkan kesihatan, ramai semakin sedar jumlah pengambilan air harian mereka berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, dengan kehidupan serba pantas dan sibuk pastinya produk yang memudahkan kerja seharian amat diperlukan.

Baru-baru ini, SK Magic melancarkan JIKSOO RICH, penulen air berais semua dalam satu yang memberikan tujuh tetapan suhu air berbeza dan kiub ais.

Produk serba baru ini meletakkan proses penulenan air ke satu tahap yang lebih tinggi dengan inovasi sistem penapisan Nonateknologi, saluran air keluli tahan karat sepenuhnya bagi memastikan air yang dihasilkan tulen serta bebas daripada sebarang pencemaran.

Pengarah Urusan SK Magic Malaysia, Namsu Park berkata, inovasi sistem penapisan nanoteknologi berupaya menapis semua virus, mikroorganisma dan logam berat sementara membenarkan mineral penting mengalir terus.

Menurutnya, salah satu ciri utama penulen air JIKSOO RICH ini adalah keupayaannya menghasilkan kiub ais yang jernih bak kristal. Kiub jernih ini hanya boleh dihasilkan dengan air yang sentiasa mengalir.

“Ia juga boleh didapati dalam dua saiz iaitu 8 gram (g) dan 11g, memudahkan pengguna untuk keperluan yang berbeza. Penulen air berais ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan ais 0.75 kilogram (kg) yang mampu menyimpan sehingga 100 kiub ais bersaiz kecil atau 70 kiub ais bersaiz besar.

“Saluran aisnya direka bentuk bagi memastikan kiub ais tidak memercik ke atas pili atau produk apabila dijatuhkan ke dalam cawan yang menjadi sumber utama pencemaran,” katanya.

Sebagai penulen air berais yang bersaiz paling tipis di Korea, reka bentuknya yang rapi dan minimalis amat sesuai dengan rekaan dalaman semua dapur.

Teknologi JIKSOO RICH turut mengurangkan tahap penggunaan tenaga secara signifikan, serendah 530Wh setiap hari.

Model ini boleh didapati pada harga pengenalan RM145 (harga asal RM180) sebulan untuk sewaan atau RM6,000 untuk pembelian terus unit tertakluk kepada terma dan syarat.

Berminat nak dapatkan produk SK MAGIC serta ketahui promosi terkini? : KLIK SINI

Kredit : Harian Metro

Feel Free To Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on email

Leave a comment

Produk & Promosi Terkini

Follow SK MAGIC

Artikel SK MAGIC

Recent Post

About SK MAGIC

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea.

Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan ‘Trade Achievement Tower’ untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012.

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

error: Content is protected !! Copyright skmagic.me