fbpx

JIKSOO RIA SK MAGIC Penapis Air Mampu Milik Serta Jimat Tenaga Elektrik

JIKSOO Ria SK MAGIC Penapis air Mampu Milik, Jimat Tenaga Elektrik

SK magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan melancarkan JIKSOO Ria iaitu penapis air tanpa tangki terbaharunya yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan kadar sewa hanya RM75 sebulan.

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won, berkata, JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik bagi mendorong rakyat Malaysia mengambil berat tentang air minuman mereka dan berhenti minum dari air sumber bertakung yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.

Menurutnya, ia didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat,di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.

“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar dalam memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti.

“Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki.

“Kami melancarkan JIKSOO Ria sempena raya ini bagi membawa kebahagiaan ke rumah semua rakyat Malaysia dengan membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar,” katanya sempena Majlis Riang Raya Bersama JIKSOO Ria oleh SK Magic di sini pada Rabu.

Beliau berkata, JIKSOO Ria dijual pada harga RM3,800 menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah iaitu hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari sama dengan 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik.

Katanya, ia sekali gus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.

“Reka bentuknya yang anggun serta minimalis bukan sahaja membolehkannya sepadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah,” katanya.

Berminat nak dapatkan produk SK MAGIC serta ketahui promosi terkini? : KLIK SINI

 

Artikel/Kredit Penuh : SinarHarian

Video/Kredit Penuh: Berita TV3

Feel Free To Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on email

Leave a comment

produk sk magic

Follow SK MAGIC FB PAge

Recent Post

About SK MAGIC

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea.

Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan ‘Trade Achievement Tower’ untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012.

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

Bahasa MelayuEnglish简体中文தமிழ்